I had to post this in Malay. Sorry to my non-Malay readers. I think I would express this better in my mother-tongue language.
"Kau lihat aku, aku pula lihat dia, samakah kita? #TeukBelakang First time jumpak mamat ni."
Too much awesomeness in this picture. Anwar Hadi & Matluthfi, nama yang tidak asing bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan vlogger-vlogger di Malaysia.
Dua manusia ini lah yang banyak mengajar aku erti hidup dan perubahan. Bukan nak kata insan lain tidak mengajar, tetapi mereka berdua menyampaikan sesuatu yang sangat berguna dalam cara yang ringan. Bukan melalui paksaan tetapi dengan nasihat lembut.
Bukan senang mahu berubah, hendak menasihati orang perlulah dengan cara yang betul, secara perlahan-lahan bukan dengan paksaan dan kata-kata cerca. Diri kita semua tidak sempurna, jangan ingat diri anda bagus dari yang lain, jangan tegur orang yang serba kekurangan dengan niat mahu menunjuk-nunjuk dan merasakan diri itu lagi betul. Nak berdakwah pun ada caranya. Nak berubah perlukan masa, bukan sekelip mata.
Terima kasih kepada dua insan ini, kerana sedikit sebanyak mampu membuka mata saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. I wish there would be more people like you guys. In sya Allah, saya sedang cuba untuk ubah diri ini ke arah yang lagi baik. Alhamdulillah, can't thank you enough Ya Allah, atas semua teman yang Kau hantar untuk selalu berada disampingku untuk memberi kata kata positif dan sokongan kepada diriku. Sesungguhnya aku sangat bersyukur terhadap semua benda yang telah terjadi dalam hidupku, sama ada suka atau duka, kerana ia sangat mengajar aku tentang erti kehidupan. Terima kasih kerana tabahkan diri ini untuk terus lalui hidup yang masih tidak pasti ini. Sama-sama kita semua berdoa agar diri kita dapat berubah dan menuju ke arah yang lebih baik, in sya Allah.
P/s: Gambar di atas itu diambil dari Anwar Hadi's Instagram. Credit goes to you Anwar Hadi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.